Tindakan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV), Nissan Grand Livina melanggar lampu isyarat merah di Persimpangan Kemuning, Lebuh Raya Shah Alam mengundang padah apabila bertembung dengan sebuah kereta polis.
Berdasarkan rakaman dashcam ini kejadian dipercayai berlaku kelmarin kira-kira pukul 6.03 petang.
Susulan kejadian terbabit, ramai pengguna media sosial seakan berpuas hati kerana pemandu tidak bertanggungjawab itu akhirnya bertemu ‘buku dengan ruas’.
Ramai juga tertanya-tanya dengan nilai ‘hantaran’ yang bakal dikenakan terhadap pemandu Grand Livina yang sudah merempuh bahagian kiri kereta polis.
Lampu kuning bersedia untuk berhenti, bukan makin tekan pedal minyak. Tak pasal dapat habuan.
Masak la kau dik pergi ‘cium’ abang sado pulak. Sakit dapat surat cinta pun dapat, siap ada harga hantaran lagi berapa nak kena bayar.
Tak tau la nak cakap macam mana. Kereta polis pun kau sapu, saja cari penyakit.
Catat Ulasan