‘Pak Belang’ Berkeliaran Di Masjid


Seekor harimau Sumatera dirakam kamera sistem televisyen litar tertutup(CCTV)  sedang berkeliaran di pekarangan sebuah masjid.

Kejadian berlaku di Masjid Alisma Alius dalam wilayah Sumatera Barat kelmarin (30/5/2024), kata Balai Pemuliharaan dan Sumber Daya Alam Sumbar(BKSDA). 


Harimau itu dilihat berkeliaran sambil memantau keadaan sekelilingnya.

“BKSDA Sumbar mengesahkan laporan tentang penampakan harimau Sumatera yang dirakam menerusi CCTV." 

“Kejadian berlaku pada pukul 2 pagi (waktu tempatan) semalam(30/5/2024),” kata Ketua BKSDA Sumbar, Dian Indriati.

Dian berkata, BKSDA dan pemerintah tempatan berjaya ‘mengusir’ haiwan itu kembali ke habitat asal. 

Menurutnya, masjid itu terletak berdekatan hutan simpan dan kawasan pemuliharaan haiwan liar. 

 

0/kiriman komen