Penanggal Cuba Masuk Rumah Wanita Bersalin


Cahaya misteri  dipercayai penanggal terbang di hadapan sebuah rumah yang penghuninya baru sahaja bersalin.


Video kejadian dirakam oleh sistem televisyen litar tertutup (CCTV).

Dalam video ini, bola api  muncul dari celah-celah lubang tingkap yang terletak di atas pintu.

Ia bergerak naik dan turun selama beberapa minit di hadapan pintu rumah, seolah-olah sedang cuba untuk masuk.

Pemilik rumah yang menyedari kehadiran tetamu tidak diundang itu,  memerhatikan cahaya tersebut dari celah pintu.

Salah seorang daripada mereka memukul dinding berhampiran pintu untuk mengusir  lembaga itu.

Selepas penghuni menjerit, dapat dilihat penanggal keluar.
 

0/kiriman komen