Sidai Pakaian Di Balkoni Hotel


Seorang wanita  mengeringkan pakaian di balkoni sebuah hotel mewah di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjadi tular di media sosial.


Menerusi video ini, seorang gadis dikenali sebagai  Pallavi Venkatesh merakam video memaparkan ibunya menyidai pakaian untuk dijemur di balkoni hotel mewah tersebut. 

Klip tersebut turut mendapat maklum balas  daripada pihak pengurusan hotel berkenaan. 

“Tugas seorang ibu,” kata pihak hotel mewah tersebut .

“Kami harap anda menikmati penginapan anda! Kami menyertakan peralatan pengering yang boleh ditarik di setiap bilik mandi supaya anda boleh mengeringkan pakaian anda di atas tab mandi,” tambah kenyataan pihak hotel tersebut.
 

0/kiriman komen