Aksi Pelik ‘Linesman’ Malaysia


Aksi yang tidak sepatutnya berlaku dalam mana-mana liga kompetitif nampaknya menjadi sejarah paling teruk dalam kancah Liga Super Malaysia apabila satu klip video perlawanan telah tular di seluruh dunia.

Insiden itu berlaku ketika perlawanan antara Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) dan Perak FC pada Jumaat lalu.


Kejadian tersebut berlaku pada minit ke-33 perlawanan ketika pemain sayap KDN FC, Fazrul Amir cuba mengejar bola yang hampir sahaja keluar daripada permainan namun dihalang oleh penjaga garisan yang bertugas.

Halangan tersebut membuatkan Fazrul Amir tidak berjaya menyelamatkan bola daripada keluar dan lontaran ke dalam diberikan kepada pasukan Perak.

Penjaga garisan telah beri cabaran bahu ke bahu. Ianya bukan kesalahan.

Bagaimanapun, perlawanan tersebut dimenangi pasukan Perak FC yang berjaya menewaskan tuan rumah, KDN FC dengan keputusan 3-1.

Kekalahan itu menyaksikan KDN FC kini berada di tangga ke-12 daripada 13 pasukan yang bertanding dalam liga tertinggi Malaysia itu

 

0/kiriman komen