Biawak Gergasi Dalam Bumbung


Seorang penduduk di Indonesia terkejut apabila menemui seekor biawak gergasi bersembunyi di dalam bumbung rumahnya.

Menerusi rakaman ini, anggota-anggota bomba dan penyelamat (Damkar) dilihat menebuk lubang pada siling kediaman berkenaan. 


Rakaman ini turut memaparkan ekor dan kaki biawak yang terjuntai dari lubang yang ditebuk.

Selepas berulang kali melakukan percubaan untuk menariknya keluar, biawak itu akhirnya jatuh ke lantai.

Anggota-anggota bomba kemudian menangkap reptilia tersebut.

Saya lihat Damkar di Indonesia sama seperti polis di Jepun, jika dihubungi,  mereka akan bergegas ke lokasi dengan segera. 
 

0/kiriman komen