Bina Kubur Di Tepi Rumah Jiran


Seorang wanita di Purbalingga, wilayah Jawa Tengah meluahkan rasa marah selepas jirannya mengebumikan jenazah di sebelah rumahnya.

Wanita tersebut berkata, jenazah itu dikebumikan di kawasan kebun sayur  miliknya.

Menerusi  video ini, wanita tersebut menunjukkan keadaan sekitar rumahnya  dikelilingi kebun dan tanah yang luas.

Di satu sudut berhampiran pokok pisang, sebuah kubur  kelihatan masih baru digali di situ.


Malah, tiada pagar atau sekatan diletakkan untuk memisahkan kubur itu dengan rumah wanita tersebut.

“Orang gila mana yang membina kubur di tepi rumah orang?” kata wanita tersebut.

Tambahnya, dia hairan kerana keluarga si mati mengebumikan jenazah di kawasan itu sedangkan terdapat tanah perkuburan awam tidak jauh dari rumahnya.

Wanita itu bagaimanapun mengakui bahawa tanah tersebut milik keluarga si mati.

“Tahu tanah itu milik anda semua tetapi takkanlah tergamak (mengebumikan jenazah) di situ,” ujarnya.

Kalau itu tanah mereka, ikhlaskan sahaja. Mungkin dia mahu membuat kawasan kubur khusus untuk keluarga di tanah sendiri.  Sekarang baru satu (kubur), akan datang nanti lebih banyak yang ada.
 

0/kiriman komen