Buaya Gergasi Berkeliaran


Seekor buaya gergasi dirakam berkeliaran di sebatang jalan pada waktu malam di daerah Ratnagiri, India.

Seorang lelaki yang memandu beca bermotor merakam pergerakan buaya tersebut menggunakan kamera telefon bimbit.


Menurut orang ramai, mereka melihat kelibat reptilia sepanjang 2.43 meter itu berjalan melalui kawasan Chiplun selepas hujan turun. 

Hujan lebat melanda kawasan pantai Ratnagiri, menyebabkan ramai penduduk mengesyaki bahawa buaya itu mendiami sebatang sungai berdekatan.

Sungai Shiva dalam masa sama sememangnya terkenal sebagai habitat buaya
 

0/kiriman komen