Perbuatan seorang wanita yang selamba menari sambil memandu kenderaan secara melulu dan laju mengundang kecaman orang ramai.
Menerusi rakaman ini, wanita itu dilihat sedang memandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).
Dia kemudian mengangkat sebelah tangannya daripada stereng dan menari bersama dengan seorang rakannya ketika melintasi sebuah lebuh raya yang menghubungkan bandar Ghaziabad ke New Delhi.
Mereka melakukan aksi berbahaya itu sambil menyanyi dan ketawa. Lebih teruk apabila kedua-dua mereka tidak memakai tali pinggang keledar.
Video ini menjadi tular sehingga menarik perhatian pegawai polis di Uttar Pradesh. Mereka turut mengarahkan polis di Ghaziabad untuk meneliti perkara itu.
Disebabkan orang (wanita) sedemikian, kemalangan jalan raya semakin meningkat dari hari ke hari.Hanya kerana mereka, nyawa orang lain dalam bahaya.
Catat Ulasan