Gajah ‘Ucap’ Terima Kasih

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berjaya menyelamatkan seekor anak gajah yang terjatuh ke dalam sebuah longkang di Batu 13 Jalan Raya Timur-Barat Jeli, Kelantan.

Menerusi video ini, ibu gajah mencuri tumpuan apabila setia menunggu di tepi longkang sementara anaknya diselamatkan anggota Perhilitan.


Difahamkan, anak gajah tersebut berjaya diselamatkan dengan bantuan lapan orang anggota Perhilitan, menggunakan tali yang diikat pada jengkaut.

Walau bagaimanapun, setelah anak gajah berjaya diangkat ke atas, sebelum kedua-dua mamalia tersebut bergerak memasuki kawasan hutan berhampiran, ibu gajah seolah-olah mengucapkan terima kasih kepada anggota terlibat.

Ramai yang hairan dengan keadaan ibu gajah yang tenang walaupun kebiasaannya mereka akan bertindak garang jika ada anak.

Selalu tengok video ibu gajah luar negara ganas-ganas, yang ini lemah lembut macam orang Melayu, mesti ni gajah Melayu atau pun rasanya dah kena ubat pelali, sebab tu diam semacam je.

Minit ke 1.19 macam mak gajah tu bagi tanda terima kasih je dekat pegawai Perhilitan yang membantu melepaskan anak dia sangkut dalam longkang.

Mak gajah memahami anaknya sedang diselamatkan. Terima kasih anggota Perhilitan. Nampaknya macam ada keperluan untuk sediakan laluan khas kepada hidupan liar ni.

0/kiriman komen