Imbau Nostalgia Perkahwinan Macam Dulu-Dulu


Kreativiti seorang pemuda yang menjadikan telur sebagai buah tangan atau cenderahati (doorgift) perkahwinan di puji ramai.

Menerusi video ini, pemuda tersebut sedang menyiapkan telur yang dimasukkan ke dalam sarang sebanyak empat biji dengan dihiasi sekuntum bunga untuk dijadikan cenderamata kepada tetamu.


Sesuai untuk majlis tema klasik’ itu dengan rata-rata orang ramai mengimbau kenangan ‘doorgift’ telur yang popular pada suatu ketika dahulu dan membuat perbandingan dengan cenderahati perkahwinan pada masa sekarang.

Teringat majlis sanding. Nenek buatkan beberapa ratus set macam ni. Sekarang orang jarang buat.

0/kiriman komen