Kenapa Tak Ada Kerja Kosong


Tindakan seorang wanita mempersoalkan ketiadaan jawatan kosong di sebuah premis jualan pakaian dikecam orang ramai yang menyifatkan perbuatan tersebut sebagai kurang ajar.

Menurut  pemilik premis pakaian tersebut mengenai perbualannya bersama seorang wanita yang bertanyakan peluang pekerjaan di kedainya di Johor Bahru.


“Sorry (maaf) ganggu puan, nak tanya sini ada kosong tak puan? Kenapa tak ada? Tak perlukan pekerja orang luar lah? Kenapa?,” soalnya kepada Ummu Shanish selepas dia memberitahu kepada wanita itu ketiadaan kerja kosong di tempatnya.

Ummu Shanish menjelaskan, dia sendiri yang menjaga premis jualan pakaiannya selain dibantu anak-anak.

“Memang tak ada kosong. Memang kita jaga sendiri. Sebab anak-anak pun ada. Kita balik anak-anak ‘handle’ (urus) kedai,” katanya 

Ramai yang menyifatkan gaya percakapan wanita yang bertanyakan jawatan kosong itu sebagai tidak sopan, kasar dan kurang ajar.

Nak datang cari kerja, tanya macam nak gaduh.Menyirap kita dengar ‘kenapa tak ada’.

Dah macam polis soal orang bersalah.
 

0/kiriman komen