Seorang jurugambar berkongsi kisahnya menghadiri sebuah majlis perkahwinan yang dipenuhi lalat sehingga meresahkan pengantin dan seluruh keluarganya,.
Majlis berlangsung pada 30 Jun lalu di Bandung, wilayah Jawa Barat.
Berdasarkan video ini, jurugambar bernama Yudi itu menunjukkan keadaan majlis yang dipenuhi lalat, terutamanya di bahagian meja bufet makanan.
“Saya terkejut kerana pertama kali (berhadapan situasi tersebut) dan berasa kasihan kepada keluarga pengantin."
“Mereka bimbang tetamu tidak berselera untuk makan atau hadir ke majlis itu,” kata Yudi.
Tambah Yudi, pihak tuan rumah sudah mencuba pelbagai cara untuk mengusir lalat-lalat itu, namun tidak berjaya.
“Mereka sudah mencuba kaedah memasang lilin, namun lalat tetap berkerumun sehingga lilin habis. Bagaimanapun, majlis perkahwinan tetap diteruskan,” ujarnya.
Kata Yudi lagi, dia tidak pasti punca keadaan itu, namun tidak menolak kemungkinan lokasi majlis terletak berdekatan dengan kandang ayam atau kambing.
Mungkin lokasinya berdekatan kandang ayam atau mungkin ‘kiriman’ seseorang yang tidak mahu tetamu menghadiri majlis itu.
Catat Ulasan