Menggigil Lihat Suami Dirasuk


Seorang wanita resah apabila suaminya dirasuk selepas memberhentikan kenderaan secara tiba-tiba ketika dalam perjalanan ke sebuah kampung di Negeri Sembilan untuk berubat.

Menurut wanita berkenaan,ketika itu, dia yang hanya bertemankan bayinya menggigil seram apabila kelakuan suaminya berubah dengan menolehnya sambil tersenyum diikuti dengan gerak-geri yang aneh.


“Sebelum kejadian, suami sudah merasa ada sesuatu dalam badannya. Dalam perjalanan nak pergi berubat, tak sampai pun lagi, dia sudah berhentikan kereta. Tiba-tiba tindakan dia berubah pelik dan seram."

“Saya menggigil satu badan dan terus keluar dari kereta sebab risau anak saya akan diterkam oleh bapanya,” kata wanita tersebut.

Menurutnya, dia berasa lega apabila terdapat penduduk kampung yang mendekatinya untuk membantu dan menemaninya sambil menunggu perawat menghadirkan diri di tempat kejadian.

Berdasarkan video ini, dia hanya mampu melafazkan zikir dan selawat untuk atasi kejadian yang menimpa suaminya itu.

Sementara itu, wanita itu memberitahu, suaminya sering mengalami demam selepas waktu maghrib sejak tiga minggu yang lalu sehingga kini.

Difahamkan, keadaan suaminya sekarang masih susah untuk diselesaikan dan perlu menunggu orang yang betul-betul berilmu dan berani untuk merawatnya.

Dulu, arwah nenek pernah pesan kalau nak pergi berubat perlu bagitau ayat berlawanan, cakap nak pergi beli-belah, isi minyak atau kedai supaya ‘benda’ itu tak tahu dan ikut kita.

Makhluk halus ini tahu jika kita mahu pergi berubat walaupun tak diberitahu, tapi jin dalam badannya pandai dan sedar akan ada perawat nak datang.
 

0/kiriman komen