Nasib Baik Tak Kena Kepala


Sekumpulan nelayan mengalami detik cemas apabila beberapa peluru berpandu kruz milik tentera Russia terbang rendah berhampiran mereka.

Video kejadian dirakam oleh nelayan-nelayan tersebut ketika mereka  menangkap  ikan di Laut Caspian, kira-kira 1,609 kilometer dari Ukraine.


Peluru berpandu dipercayai Kalibr itu meluncur rendah dan dipercayai menuju ke arah bandar raya Kiev di Ukraine.

“Peluru berpandu terbang ke arah kami,” kata salah seorang nelayan.

“Saya berasa kagum,” kata individu lain.

Tentera Russia menggunakan peluru berpandu kruz altitud rendah dalam usaha  mengelak daripada dipintas oleh sistem pertahanan udara Kiev.

Isnin lalu, askar Moscow melancarkan serangan ke atas hospital kanak-kanak di Kiev yang menyebabkan sekurang-kurangnya 41 orang terbunuh
 

0/kiriman komen