Pelamin Gaya Jejantas


Sebuah majlis perkahwinan di Pekalongan, wilayah Jawa Tengah menjadi perhatian kerana menampilkan pelamin dibina tinggi bagi memudahkan laluan kenderaan.

Berdasarkan klip video ini, sebuah motosikal dilihat melintasi pelamin itu dengan bergerak melalui bahagian bawahnya.

Pada masa sama, pasangan pengantin dan keluarga mereka duduk di atas pelamin dengan bersahaja dan bersiap sedia untuk bergambar.


Menurut individu yang dikenali sebagai Yono, pentas pelamin terpaksa dibina tinggi kerana masalah kekurangan ruang untuk mengadakan majlis tersebut.

“Lokasi majlis di sekitar kawasan tanah tinggi. Ia tidak mempunyai ruang yang luas dan yang ada hanya kawasan ini.  Jalan alternatif untuk kenderaan lalu-lalang juga tiada,” kata Yono.

Inilah yang dimaksudkan dengan ‘naik pelamin’.

0/kiriman komen