Pengantin Akad Nikah Pukul 4 Pagi


Sepasang pengantin baharu di Kudus, wilayah Jawa Tengah menjadi perhatian pengguna media sosial kerana melangsungkan pernikahan pada pukul 4 pagi (waktu tempatan).

Menurut jurusolek dikenali sebagai Yulia, ini kali  pertama dia berkhidmat kepada pelanggan yang bernikah ketika orang ramai sedang nyenyak tidur.

Menurut Yulia lagi, semua pihak yang bertugas bersiap sedia dengan tanggungjawab masing-masing menjelang detik akad nikah pada 14 Jun lalu dan memberikan sepenuh komitmen mereka.


“Suasana majlis akad nikah pukul 4 pagi (waktu tempatan). MUA (jurusolek) datang pukul 1 pagi (waktu tempatan), jurugambar dan juruvideo datang pukul 3 pagi (waktu tempatan). Wakil penghulu datang tepat pukul 4 pagi (waktu tempatan),” katanya lagi.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan punca pasangan pengantin mengadakan majlis pernikahan pada waktu seperti itu.

Siapalah yang menetapkan waktu pernikahan itu.Orang yang bernikah pukul 9 pagi (waktu tempatan) pun mekap dari pukul 3 pagi (waktu tempatan). Apatah lagi pukul 4 pagi.

0/kiriman komen