Seorang wanita terpaksa berputih mata apabila duit simpanan yang disimpan selama dua bulan dalam sebuah bekas tabung besi, habis musnah dimakan anai-anai.
Kesan daripada ‘serangan’ serangga kecil itu, kesemua wang kertas dengan nilai RM50, RM20 dan RM10, hancur dimakan, meninggalkan not bernilai RM1 dan RM5 sahaja yang selamat.
"Jadi ‘kerabu sarang’ terus, makan habis tak tinggal langsung. Hancur lebur woi, yang nilai kecil dia tak makan pula, makan yang nilai besar-besar saja ya,” ujarnya.
Ramai yang turut bersimpati dengan kejadian buruk itu dan mencadangkan supaya segera menukar duit yang rosak dengan pihak bank.
Boleh tukar di bank, kawan saya ada pengalaman simpan duit dalam tabung buluh lagi teruk dari itu. Duit simpanan nak nikah, kawannya nasihatkan supaya pergi bank tukar yang penting kena ada nombor siri.
Saya pernah tukar duit yang dah reput, langsung tak ada rupa, dekat Bank Negara, dalam borang saya tulis anggaran RM1,000. Selepas tiga bulan, bank hantar cek bernilai RM1,362, makmal boleh menilai jumlahnya.
Duit kecil dari plastik anai-anai tak makan, dia makan kertas. Peti besi yang nipis akan berkarat, boleh tembus. Simpanlah di tempat yang selamat contohnya seperti simpan dalam bekas plastik ‘tupperware’, anai-anai suka tempat yang mudah berkarat.
Catat Ulasan