Sambut Hari Jadi Tapi Sampah Buang Merata


 ‘Mentaliti kelas rendah’.

Itu mungkin istilah yang sesuai bagi menggambarkan sikap sesetengah pengunjung yang tidak menjaga etika semasa berkunjung ke sebuah lokasi tumpuan dengan membuang sampah di merata-rata sehingga mencemarkan pandangan.


Lokasi tumpuan di Sekinchan, Selangor itu merupakan lokasi kegemaran orang ramai untuk bergambar namun, baru-baru ini terdapat sekumpulan individu menyambut sambutan hari jadi dan kemudian meninggalkan sampah dekorasi begitu sahaja.

Tidak ada sikap bertanggungjawab langsung, jangan sampai penduduk kampung membuat pagar mengelilingi kawasan itu dan melarang kalian dari memasuki lokasi tersebut.

Sedihlah sikap orang kita.Ini tanggungjawab bersama, anda semua khalifah sama-sama kita menjaga bumi ini.Sesungguhnya kerosakan di bumi adalah dari tangan-tangan manusia sendiri.

0/kiriman komen