Satu Rumah Satu Bonggol


Satu rumah satu bonggol, 100 meter jalan lebih lima bonggol ada. Nampak lebih menyusahkan pengguna, boleh rosak kereta, motosikal yang lalu.

Menerusi video ini yang memaparkan sebuah jalan di kawasan taman perumahan yang dibina banyak bonggol.Individu yang merakam situasi di dalam kereta ketika melalui jalan yang berbonggol berasa terhibur dan dalam masa sama dia turut mempersoalkan tujuan pembinaan bonggol dengan jarak dekat.

Bonggol terbabit seolah-olah dibina khas untuk setiap rumah sepanjang laluan tersebut.


Difahamkan, laluan tersebut di salah sebuah taman perumahan dekat Sungai Udang, Melaka.

Macam  laluan tersebut digunakan untuk latihan berkuda serta sebagai kegunaan atlet lari berhalang.

Ada pihak mendakwa kawasan tersebut sering berlaku kemalangan dan sebagai langkah pencegahan, pihak berkuasa membina beberapa bonggol bagi memastikan pengguna dapat memperlahankan kenderaan ketika melaluinya.

Agaknya dekat sini orang bawa kereta laju-laju, takut anak-anak kawasan perumahan itu nak balik sekolah ke apa bahaya.Tu yang buat macam tu kot..
 

0/kiriman komen