Sepasang selipar yang biasa dipakai untuk ke tandas mempunyai tanda harga 4,590 riyal Kuwait (RM68,899) di sebuah butik di Kuwait baru-baru ini sekali gus mengundang perhatian orang ramai.
Seorang penjual mempamerkan sepasang selipar ‘jepun’ berwarna putih dengan tali dan tapak getah berwarna biru.
Lebih mengejutkan, harga yang diletakkan adalah 4,590 riyal seolah-olah selipar itu barangan berjenama prestij.
Fesyen terbaru ‘Zanouba’ bermula pada harga 4500 riyal.
Ramai yang terkejut dengan harga yang ditawarkan untuk sepasang selipar itu.
Pada ketika ini, mereka cuba menjual apa sahaja kepada orang kaya.
Di India, anda boleh mendapatkan selipar ini pada harga cuma 60 rupee (RM3.35).
Catat Ulasan