Sensor Tesla Nampak Hantu


Dua individu memandu di sebuah tanah perkuburan untuk menguji keupayaan sistem sensor kereta Tesla telah mengesan entiti paranormal.

Dalam video ini , pengguna Tesla Model Y berkenaan menguji sensor pejalan kaki yang membawa kepada penemuan mengejutkan.

Setelah memasuki kawasan perkuburan pada waktu malam, kereta tersebut berhenti sebelum sensor tiba-tiba mengesan kehadiran manusia yang berdiri di belakang kenderaan.


Namun, beliau dan seorang lagi penumpang terkejut kerana tiada sesiapa di belakang kereta mereka, berbeza dengan paparan pada sistem berkenaan.

“Lihat, orang, orang!” kata wanita yang berada dengan beliau.

Beberapa saat kemudian, beliau menggerakkan sedikit keretanya sebelum sistem sensor mengesan satu lagi lembaga di sebelah kiri.

Namun, seperti dijangka, tiada seorang pun  berada di sekitar kereta mereka ketika itu.

Bagi yang mahu mencari hantu, boleh gunakan kereta Tesla.Video ujian pengesanan serupa turut dilakukan di beberapa negara lain.
 

0/kiriman komen