Seorang pengusaha produk kecantikan dari Indonesia mengundang perhatian pengguna media sosial selepas memakai barangan kemas seberat 5 kilogram di seluruh tubuhnya.
Wanita itu dikenali sebagai Mira Hayati yang berasal dari Makassar.
Menerusi rakaman ini, dia menunjukkan perhiasan emas yang dipakai dari kepala hingga ke pergelangan tangannya.
Bukan itu sahaja, jari jemarinya juga dihiasi dengan cincin emas ‘gergasi’.
“Di atas 500 gram,” katanya sambil menunjukkan rantai emas di lehernya.
“Beg tangan ini seberat lebih 500 gram,” tambahnya sambil menayang beg tangan mewah itu.
Mira turut mengakui bahawa penampilan ‘emas’ yang dikenakan itu mencapai hampir 5 juta rupiah (RM1,438).
“Tidak sampai 5 juta rupiah. Tapi kalau harga emas sekarang memang tinggi,” katanya.
Catat Ulasan