Polis di Hanoi baru-baru ini terkejut dan mendenda seorang pemandu trak kecil kerana mengangkut barang yang disusun membukit setinggi lebih 4 meter.
Trak itu dirakam membawa banyak barangan yang disusun tinggi dalam kejadian di Nguyen Trai, Hanoi kira-kira pukul 11.30 malam (waktu tempatan) pada 25 Jun lalu, kata polis.
Selepas siasatan dilakukan, polis trafik mengenal pasti pemandu itu sebagai N.N.T. dari daerah Ung Hoa, Hanoi.
Semasa soal siasat di balai polis, N.N.T. mengaku mengangkut barangan yang disusun setinggi 4.2 meter.
Dia juga mengaku melanggar lampu isyarat merah di persimpangan Quang Trung-Ngo Thi Nham.
Polis mengeluarkan saman kepada N.N.T. kerana membawa barangan melebihi had ketinggian muatan yang dibenarkan dan mengabaikan peraturan lalu lintas.
Catat Ulasan