UFO Berlegar-Legar Di Ruang Udara Iran


Sebuah rakaman objek terbang tidak dikenali (UFO) yang memancarkan lampu hijau menjadi perhatian pengguna media sosial di Iran.


UFO itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen .
Kelajuan dan ketinggian objek itu kelihatan berubah apabila ia bergerak di ruang udara Tehran.

Beberapa netizen menganggap bahawa ia adalah imej janaan komputer.

“Makhluk asing tidak muncul seperti itu, ada peraturan galaksi. Jika ini (imej) adalah benar, ia akan mengganggu ketenteraman awam. Saya tidak nampak sebarang kekacauan awam berlaku,” kata seorang netizen
 

0/kiriman komen