12 Kereta Tersadai Dalam Gelap


12 kereta terpaksa berhenti di bahu jalan selepas terlanggar objek besar yang terjatuh di lebuh raya Johor Bahru menghala ke Kuala Lumpur.

Menerusi video ini salah seorang individu yang terlibat menunjukkan bahagian depan keretanya tercalar dan kelihatan sedikit remuk akibat terlanggar objek tersebut di tengah jalan pada waktu malam.

Selain kereta individu tersebut, beberapa kenderaan lain turut memberhentikan kereta di bahu jalan kerana berdepan dengan situasi yang sama.


“12 biji kereta berhenti di tepi jalan sebab ada barang di tengah jalan, terlanggar."

“Sekarang ini saya hendak menghala ke Perak. Korang tengok kereta saya calar dan bahagian bawah tertanggal,” katanya.

Lebuh raya Johor Bahru memang gelap...Kita hendak tengok apa tindakan operator lebuhraya.Takkan sudah ada kematian atau kerabat menteri yang terlibat baru hendak di ambil tindakan..

 

0/kiriman komen