7 Kenderaan Kemalangan Di Lebuh Raya Pasir Gudang


Seorang pengguna jalan raya dilaporkan maut dalam kemalangan melibatkan tujuh buah kenderaan yang berlaku di Kilometer 26 Lebuhraya Pasir Gudang, di sini hari ini.


Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, kemalangan tersebut dilaporkan berlaku pada pukul 5.45 petang tadi dan pihak berkuasa masih mengenal pasti mangsa yang maut.

“Kemalangan tersebut melibatkan tujuh buah kenderaan terdiri daripada tiga lori, tiga motosikal dan sebuah kereta".

“Kemalangan itu telah menyebabkan kesesakan jalan raya di lebuh raya berkenaan khususnya dari Pasir Gudang menghala ke Johor Bahru,” katanya dalam satu kenyataan.

0/kiriman komen