‘Adik’ Kacau Palang


Atlet lompat bergalah Perancis, Anthony Ammirati tular di Olimpik Paris 2024 selepas gagal melepasi palang disebabkan oleh alat sulitnya.


Peserta Perancis berusia 21 tahun itu kelihatan tidak mempunyai masalah untuk melepasi ketinggian 5.7 meter pada percubaan ketiga sehinggalah alat sensitif itu ‘tersangkut’ pada palang, Sabtu lepas.

Insiden itu menyebabkan penonton ketawa terbahak-bahak.

Ammirati telah pun melepasi dua had ketinggian sebelum alat sulit itu menghalang kemaraannya.

Dia akhirnya menamatkan percubaan pada kedudukan ke – 12 dalam Kumpulan A dengan ketinggian 5.60 meter. 
 

0/kiriman komen