“Tak tahu siapa punya kerja, baling rokok atau main mercun. Habis baju di ampaian terbakar, habis tudung-tudung yang kita sayang”.
Demikian luahan seorang penghuni di pangsapuri Halaman Kristal, George Town, Pulau Pinang apabila beberapa helai pakaiannya rosak akibat terkena percikan api ketika di ampaian.
Menurutnya, dia mendakwa perbuatan khianat itu berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab penghuni yang lain.
Katanya, kemungkinan besar ada penghuni di situ membuang puntung rokok dari aras atas sehingga merosakkan pakaian yang berada di ampaian.
Dia juga kesal dengan tindakan individu terlibat kerana ia mendatangkan kerugian kepada orang lain.
Ramai yang meminta beliau membuat laporan kepada pihak pengurusan pangsapuri serta polis bagi mengenalpasti punca serta individu terlibat.
Mentaliti penghuni flat, pangsapuri, kondo yang tak ada otak.
Catat Ulasan