Baling Wang Di Tengah Jalan


Seorang pesohor media sosial di Hyderabad mengundang kecaman orang ramai kerana membaling sejumlah wang tunai di jalan raya yang sibuk.

Pemuda itu berdiri di tengah jalan lalu melontarkan segenggam wang tunai ke udara. 

Pengguna jalan raya kemudian turun dari kenderaan mereka dan berpusu-pusu mengutip wang yang bertaburan.  


Perbuatan itu menimbulkan kemarahan orang ramai kerana menyebabkan gangguan lalu lintas dan mengundang risiko kemalangan. 

Ramai yang  menggesa pihak berkuasa  mengambil tindakan terhadap pemuda tersebut.

Polis Hyberabad masih belum bertindak berhubung kejadian itu. 

Meskipun perbuatan membaling wang tidak melanggar undang-undang, ia boleh menimbulkan huru-hara dan mengganggu ketenteraman.

0/kiriman komen