Dugong Muncul Di Lokasi Pelancongan


Seekor dugong di lihat berenang berhampiran Jambatan Rawai yang sibuk di Pulau Phuket.

Makhluk laut tersebut berenang di perairan Pantai Rawai, sebuah destinasi pelancongan yang popular.


Video yang dirakam kelmarin itu menyebabkan Timbalan Datuk Bandar daerah kecil Rawai, Nikorn Papakityotsaphat melawat lokasi berkenaan.

Beliau kemudian mengesahkan bahawa ia merupakan dugong dewasa yang berkemungkinan mencari makanan di kawasan itu.

“Penampakan dugong ini menunjukkan bahawa terdapat banyak rumpai laut di kawasan Rawai yang menarik perhatian mamalia laut ini,” ujar Nikorn.

Beliau selain itu menggesa pengusaha bot supaya berhati-hati apabila melalui kawasan itu bagi melindungi haiwan berkenaan.

Sementara itu, ahli biologi marin, Kongkiat Kittiwatanawong menyatakan bahawa dugong itu berkemungkinan berhijrah dari Laut Andaman berhampiran wilayah Trang.

Menurut Kongkiat, kepupusan rumpai laut di Trang boleh mendorong dugong untuk meneroka habitat baharu. 

Beliau mendedahkan bahawa data terkini menunjukkan sehingga sembilan ekor dugong dipercayai sering berkunjung ke Pantai Rawai walaupun ia mungkin hanya sementara.

Ini kerana rumpai laut tidak mencukupi untuk menampung kumpulan yang lebih besar. 
 

0/kiriman komen