Pegawai hidupan liar di Kampung Agumbe, negeri Karnataka menyelamatkan seekor ular sawa sepanjang 2.13 meter yang bergelut selepas terperangkap di dalam pukat ikan.
Reptilia itu terperangkap di tebing sebatang sungai di kampung itu.
Video menunjukkan misi menyelamat ular tersebut yang di ketuai pengarah lapangan di Stesen Penyelidikan Hutan Hujan Agumbe (ARRS) yang merupakan sebuah organisasi pemuliharaan dan penyelidikan.
Penduduk tempatan ternampak ular sawa itu di tebing sungai dan memaklumkannya kepada pegawai jabatan hutan yang segera menghubungi ARRS.
Ular itu yang baru menelan ‘sesuatu’ kerana perutnya ‘membuncit’ secara tidak sengaja terperangkap di dalam pukat ikan.
“Reptilia itu dikeluarkan perlahan-lahan dari pukat tersebut,” kata Ajay Giri.
Selepas misi menyelamat selesai, ular sawa itu dilepaskan ke habitat liar di dalam hutan.
Catat Ulasan