Kereta Jatuh Tanah Jerlus


Dua orang cedera parah selepas sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang mereka naiki terjatuh ke dalam tanah jerlus di Seoul, Korea Selatan.

SUV putih itu dalam keadaan senget dengan hanya sebahagian daripada kenderaan tersebut yang kelihatan.


Kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul 11.26 pagi (waktu tempatan) hari ini.

Dua individu yang cedera ialah pemandu lelaki berusia 82 tahun dan penumpang wanita berumur 76 tahun.

Anggota-anggota bomba melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) ke atas mangsa wanita selepas menyelamatkannya.

Mereka kemudian menghantar kedua-dua mangsa ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Pihak berkuasa kemudian mengepung kawasan itu dan sedang dalam proses membaiki jalan.

Lubang benam itu berukuran 6 meter lebar, 4 meter panjang dan 2.5 meter dalam.

Pihak berkuasa akan melakukan siasatan bagi mengetahui punca kejadian.

 

0/kiriman komen