Konvoi Motosikal Halang Laluan Bomba


Sekumpulan penunggang motosikal tidak memberi laluan kepada jentera bomba yang membunyikan siren.Kejadian berlaku di Sragen, wilayah Jawa Tengah.

Berdasarkan video ini, konvoi motosikal itu difahamkan melibatkan kumpulan pencak silat.


Jumlah mereka yang ramai menyebabkan motosikal dalam konvoi tersebut memenuhi jalan.

Sebuah jentera bomba kemudian dilihat dipandu tergesa-gesa dan membunyikan siren, menandakan ia berada dalam kes kecemasan.

Meskipun pemandu kenderaan bomba membunyikan hon berkali-kali, kumpulan penunggang motosikal berkenaan tidak memberikan laluan.

Malah, ada antara mereka yang masih selamba mengibar bendera konvoi.

Setakat ini, tiada butiran lanjut mengenai kejadian itu.

 

0/kiriman komen