Polis Indonesia menyiasat sebuah video tular menunjukkan seorang lelaki menunggang motosikal dalam keadaan kakinya memegang hendal, sementara tangannya memegang piza.
Menurut Ketua Unit Trafik Polis Metro Depok, Komisioner Polis Multazam Lisendra, pihaknya akan mengeluarkan saman ke atas individu terbabit.
“Polis mahu mengingatkan setiap pengguna jalan raya bahawa anda wajib menjaga tingkah laku semasa memandu,” katanya.
Sebelum itu, sebuah rakaman video tular menunjukkan lelaki berkenaan menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.
Tangan kirinya memegang kotak piza, manakala tangan kanan memegang makanan itu lalu ia dimakan sambil motosikal bergerak laju.
Lelaki berkenaan mengendalikan hendal menggunakan kaki kanannya.
Kejadian itu berlaku di Depok, wilayah Jawa Barat.
Catat Ulasan