Lembaga Hitam Besar Tolak Dahan Pokok



Sekumpulan lelaki berdepan detik menyeramkan apabila tiba-tiba dahan pokok patah dan juga menghidu bau busuk ketika mandi di kolam sebuah resort pada pukul 1 pagi.

Menerusi video ini salah seorang dari mereka sudah merasakan ada yang tidak kena di situ kerana terhidu bau busuk dan mengajak rakan-rakannya untuk keluar dari kolam itu.


“Masa ni mandi pukul 1 pagi, konon nak ‘recovery’ badan. Tiba-tiba bebe ajak naik tapi kami cakap lagi empat minit untuk cukupkan ‘recovery’ dan teruskan bersembang."kata salah seorang dari mereka.

“Tiba-tiba tak ada angin tak ada apa dahan jatuh,” 

Katanya, mereka semua selamat dan bila sudah ada “warning” macam ini baik undur dulu.

“Esok hari kami sambung cerita, rupanya ada bau busuk dua kali sebelum kejadian dahan patah,” ceritanya.

Ada lembaga hitam besar tolak dahan pokok tu. Dia rasa terganggu bila orang ramai datang ganggu tempat dia,.

Saya pernah menginap kat sana. Best memang best tapi masa nak balik dari makan malam nampak ada yang duduk bertenggek atas batu. Malam tu cermin pintu bunyi macam kena cakar.

Sebab tu kalau pergi mandi ke apa ke dengan kengkawan, kalau salah seorang cakap dah cukup jom naik, tak tanya banyak terus semua angkat.

0/kiriman komen