Seramai 10 orang cedera dalam letupan tangki ‘Bottom Reactor’ sebuah kilang di Taman Perindustrian Samalaju di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali berkata dalam kejadian yang dilaporkan kira-kira pukul 6.24 petang itu, kesemua mangsa mengalami kecederaan melecur dan sesak nafas akibat terhidu asap.
“Kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Nyabau Bintulu, dengan lima mangsa dirawat di Zon Merah, empat orang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan seorang dirawat di Zon Kuning,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati kejadian disebabkan kebocoran paip utama yang meletup akibat tekanan yang terlalu tinggi.
Katanya lokasi kejadian hanya terletak kira-kira satu kilometer dari Balai Polis Samalaju.
Catat Ulasan