Minggu Orientasi Ala Ala ‘Clubbing’


Sebuah universiti di Malang, wilayah Jawa Timur mengundang perhatian orang ramai kerana mengadakan sebuah pesta muzik pada minggu orientasi.

Kejadian berlaku di Universiti Brawijaya (BJ) beberapa hari yang lalu. Program orientasi itu diadakan bagi menyambut kedatangan pelajar baharu. 


Menerusi video ini, pelajar baharu dan lama termasuk lelaki serta wanita dilihat berjoget mengikut rentak muzik yang dimainkan. 

Bahkan, ada antara mereka sibuk merakam detik ‘manis’ itu menggunakan telefon bimbit. 

Seorang deejay cuba memeriahkan suasana dengan memainkan lagu-lagu seperti di kelab malam dan disko. 

Baru masuk belajar, sudah ada kelas malam.
 

0/kiriman komen