Seorang warga Indonesia yang tinggal di Jepun terkejut apabila mendapati motosikal jenama Yamaha NMax yang baru dibeli dibuat di negara asalnya.
Menerusi video ini , lelaki itu dilihat menunjukkan label ‘Made in Indonesia’ terpampang di ruang simpan barang motosikal tersebut.
Dia kemudian mengeluarkan buku panduan tertera tulisan ‘Printed in Indonesia’ beserta bulan dan tahun motosikal itu dikeluarkan.
Beli motosikal jauh-jauh di Jepun, ternyata buatan Indonesia.
Sebenarnya banyak produk buatan Indonesia laris di luar tetapi di negara sendiri tak disokong penduduk tempatan.
Catat Ulasan