Pamer Kaki Kudung Palsu


Kegiatan seorang wanita yang bertindak sebagai peminta sedekah dengan menggunakan kaki kudung palsu bagi mengaut keuntungan berjaya dibongkar oleh orang awam.

Menerusi video ini, seorang wanita dikenali sebagai mak cik Nida sempat merakamkan aktiviti ‘haram’ individu tersebut di sebuah pasar, namun lokasi kejadian tidak dapat dipastikan.


Berdasarkan video ini juga, rata-rata masyarakat tidak teragak-agak untuk mengulurkan duit kepada wanita itu selepas melihat salah satu kakinya yang kononnya kudung.

Dalam pada itu, Nida juga dengan berani menerjah wanita terbabit selepas dia selesai meminta sedekah yang mana keadaan fizikalnya kelihatan sempurna.

“Dia takut sampai masuk tandas lelaki. Awak dah dapat duit banyak. Awak pandai ya,” kata Nida.

Ketika ditanya dari negeri mana, wanita terbabit bagaimanapun enggan menjawab dan hanya mengatakan maaf sebelum beredar.

Menurut Nida, berdasarkan perbualannya, dia mendakwa bahawa wanita berkenaan merupakan warganegara asing.

Kita tertipu selama ini. Bila pikir balik betul juga, bahagian kaki yang dia tunjuk itu kan aurat untuk wanita muslim, mana boleh dedah tunjuk macam itu sahaja.

Mereka ini kaya. Boleh dapat mencecah ribuan ringgit sehari. Lebih baik sedekah pada yang memerlukan, bukannya pemalas dan scam macam itu.

Daripada sedekah duit dekat manusia, elok lagi sedekah makanan dekat kucing dan anjing jalanan.
 

0/kiriman komen