Pandu Kereta Macam Orang Gila


"Perempuan, ingatlah. Kalau lelaki dalam hidup kamu sanggup membahayakan nyawa kamu seperti ini, jauhilah mereka,” itu antara nasihat yang diberikan seorang pengguna media sosial kepada para wanita di luar sana dalam memilih calon suami.

Menerusi video ini memaparkan seorang lelaki memandu secara berbahaya bersama teman wanitanya.


Lelaki itu kelihatan seronok apabila teman wanitanya menjerit ketakutan ketika dia memandu secara melulu dan berbahaya melalui di selekoh yang tajam.

Orang ramai rata-rata marah dengan tindakan lelaki tersebut.

Perempuan sebelum nak kahwin, tengoklah kereta lelaki tu macam mana dan cara pemanduan dia. Kalau dah gila macam ni, tak perlu bazir duit dan masa korang.

Bukan setakat bahayakan nyawa dia dan perempuan tu, dia bahayakan nyawa orang yang bertentangan arah jugak.

Tak sayangkan nyawa sendiri tak apa, jangan tak sayangkan nyawa orang lain.

0/kiriman komen