Penunggang Motosikal Rosakkan Jalan


Berpuluh-puluh penunggang motosikal dengan selamba melalui sebatang jalan konkrit yang masih belum kering sekali gus merosakkan permukaan laluan tersebut.

Kejadian berlaku di Cimahi, wilayah Jawa Barat.Berdasarkan rakaman video ini , berpuluh-puluh penunggang motosikal dilihat melalui jalan yang baru siap diturap dengan konkrit asas itu tanpa rasa bersalah.


Ia menyebabkan jalan tersebut rosak dan penuh dengan kesan tayar.

“Jalan itu baru selesai dibaiki pada waktu subuh Selasa (kelmarin), namun terdapat kenderaan melintasinya pada waktu pagi,” kata seorang penduduk, Dimyati.

Menurutnya, Dimyati, situasi itu bermula apabila sekumpulan pekerja di salah sebuah kilang di kawasan tersebut habis bekerja syif malam dan pulang ke rumah pada sebelah pagi.

“Pada awalnya, pekerja kilang yang baru tamat bekerja melalui jalan itu. Apabila pemandu lain melihat tindakan itu, mereka ikut serta,” jelasnya.

Orang ramai meluahkan rasa marah kerana disebabkan perbuatan pemandu yang tidak bertanggungjawab, ia menyebabkan permukaan jalan yang baru dibaiki itu rosak teruk. 

Permukaannya menjadi tidak rata dan sangat berbahaya.Sementara itu ,Dimyati berkata, jalan yang rosak adalah sekitar 200 meter.


 

0/kiriman komen