Pesakit Tak Ada, Tapi Mesin Catat Bacaan Jantung



Pesakit turun ‘strecher’ pergi tandas. Ada pesakit ‘lain’ pula duduk atas tu. Kadar denyutan jantung lebih 200! Pukul 1 pagi ya, datang senyap-senyap nak tumpang tidur.

Menerusi hantaran video ini, jelas dapat dilihat tempat berkenaan kosong, namun bacaan pada mesin berhampiran dipercayai elektrokardiogram, terdapat rekod bacaan dicatatkan seolah-olah ada yang sedang duduk di atas katil pesakit terbabit.

Kadar denyutan jantung biasa manusia jatuh dalam julat 60 hingga 100 denyutan seminit (bpm) semasa rehat.


Rata-rata pengguna mengatakan situasi berkenaan sangat menyeramkan, malah tidak kurang juga ada petugas-petugas hospital yang turut berkongsi pengalaman serupa.

Menurut seorang petugas hospital ,di wad dia bertugas pun pernah jadi macam ni. Pesakit tak ada pun tiba-tiba ada ‘rhythm’.

Malah  ada petugas yang lain pun terkena situasi menyeramkan bila tiba-tiba ada bacaan tekanan darah, kadar denyutan jantung dan bacaan paras oksigen dalam darah.

Lebih menyeramkan, ada netizen yang mendakwa ternampak kelibat bayi di atas katil pesakit berkenaan.
 
 

0/kiriman komen