Pesawat Penumpang Terhempas


Sekurang-kurangnya 61 orang terbunuh selepas sebuah pesawat penumpang terhempas di pinggir bandar raya Sao Paulo tengah hari semalam.


Pihak berkuasa telah mengesan kotak hitam perakam data penerbangan di lokasi nahas, kata pihak berkuasa.

Punca nahas masih belum jelas, kata syarikat penerbangan Voepass dalam satu kenyataan.

Ketika kejadian, pesawat itu sedang dalam perjalanan dari Cascavel di negeri Parana menuju Sao Paulo.

Pesawat jenis ATR 72-500 itu membawa 57 penumpang dan empat kru. Tiada mangsa yang terselamat. 
 

0/kiriman komen