Pikul Motosikal Naik Gunung


 
Aksi seorang lelaki di Batang, wilayah Jawa Tengah yang mengusung sebuah motosikal di kawasan pergunungan mengundang perhatian orang ramai.

Menerusi rakaman video ini, lelaki bernama Suradi itu dilihat melalui jalan yang curam dan berbukit. 


Lebih mengejutkan, dia mengangkat kenderaan itu seolah-olah sudah biasa dan kenderaan itu tidak berat. 

“Seorang penunggang motosikal terbabas ketika melalui jalan curam di daerah Kradenan. Mangsa bagaimanapun selamat dan motosikalnya dibawa oleh penduduk setempat,” demikian menurut keterangan video. 

Menurut perakam, penduduk di kawasan itu sudah biasa mengangkat beban berat seperti kampit kentang. 

Bukan orang naik motor, tetapi motor yang naik orang.

0/kiriman komen