Pingat Olimpik Mudah Pudar


Seorang atlet papan selaju Amerika Syarikat (AS) mengundang perhatian netizen selepas mendedahkan bahawa pingat gangsa yang dimenanginya mula pudar dan hilang warna.

Nyjah Huston berjaya menduduki tempat ketiga dalam acara akhir papan selaju jalanan lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024, pada 29 Julai lalu. 


Menerusi rakaman video ini, Huston mengkritik dan mempersoalkan kualiti pingat tersebut. 

“Pingat ini kelihatan hebat apabila masih baru, tetapi menjadi teruk selepas membiarkannya melekat pada kulit saya dengan sedikit peluh dan membiarkan rakan-rakan memakainya pada hujung minggu. "

“Ia nampak tidak berkualiti tinggi seperti yang anda sangkakan,” kata Huston. 

Atlet itu turut berkata, pihak berkenaan perlu meningkat kualiti pingat Sukan Olimpik. 

Perkara ini tidak akan terjadi bila anda memenangi pingat emas.Walaupun gangsa, ia sepatutnya boleh tahan buat masa yang lama.
 

0/kiriman komen