Pokok Tualang Ada Penunggu


Sebatang pokok jenis tualang yang berada di laluan Gua Musang – Kuala Krai dikatakan ‘kebal’ kerana ada penunggu.

Dipercayai pokok berusia lebih 150 tahun berada berhampiran Kampung Sungai Bayu, Gua Musang itu masih kekal di tempat asalnya walaupun projek pembinaan Lebuh Raya Lingkaran Utama (LTU) sedang giat dijalankan di kawasan berkenaan.

Walaupun pokok lain disekelilingnya telah di tebang, tetapi pokok tualang berkenaan masih gah berdiri.

Sekitar tahun 2000 banyak kemalangan berlaku berhampiran kawasan pokok berkenaan sehingga meragut beberapa nyawa.


Sehingga ke hari ini masih tidak mampu ditebang oleh pihak berkuasa, padahal pokok-pokok lain sudah ditebang.

Ada yang mendakwa memang terdapat banyak kemalangan berhampiran pokok ‘kebal’ berkenaan.

Ada kisah misteri pokok tualang ini,pada tahun 2000-2003 kerap berlaku kemalangan maut bawah pokok ini sampai pokok pon orang tak jadi nak tebang takut sebab bawah pokok tu memang ‘keras’ tempatnya macam ada penunggu.

Menurut seorang netizen ,pokok besar itulah  yang meragut nyawa mak mertuanya dari KL (Kuala Lumpur) ke Kelantan bila mana  bas yang di naikinya terbakar, semua tak selamat. 

Selain kejadian kemalangan dan mistik ada juga netizen mendakwa bahawa pokok berkenaan dilindungi oleh pihak berkuasa sebagai mercu tanda sempadan daerah Gua Musang dengan Kuala Krai.


 

0/kiriman komen