Polis Berpaut Atas Kereta


Seorang pemandu kereta nekad merempuh anggota polis bagi melarikan diri daripada sekatan jalan raya sebelum mangsa terpaksa berpaut pada bahagian hadapan kenderaan yang dipandu laju.

Kejadian berlaku di Kudus, wilayah Jawa Tengah.

Berdasarkan video ini, pemandu kereta Toyota Cayla berwarna merah itu merempuh sekatan jalan raya dan menyebabkan seorang anggota polis berpaut di bahagian bonet.


Pemandunya kemudian meneruskan perjalanan sejauh 500 meter sebelum dia memberhentikan seketika kenderaannya.

Polis tersebut turun dari kereta itu lalu ia dipandu laju.

Sebuah kereta lain mengejar kenderaan tersebut sebelum ia dihentikan di sekitar Lingkar Jetak Kudus.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kudus, Komisioner Polis Satya Adi Nugraha mengesahkan kejadian itu dengan berkata, insiden berlaku ketika polis sedang bersiap sedia untuk memulakan sekatan jalan raya.

Anggotanya mengesyaki kereta berwarna merah itu menggunakan nombor plat palsu.

“Anggota kami sedang bersiap sedia namun kemudian, sebuah kereta disyaki mempunyai nombor plat palsu. Polis kemudian cuba menghalangnya,” kata Satya.
 

0/kiriman komen