Rider Tolong Tolak Kancil


Seorang penghantar makanan lelaki mendapat pujian ramai selepas tindakan murninya membantu menolak sebuah kereta yang rosak di persimpangan lampu isyarat, baru-baru ini.

Tindakannya itu sempat dirakam pengguna jalan raya yang lain.

Dalam video ini, kelihatan penghantar makanan berbangsa India itu menolak kereta jenis Perodua Kancil yang rosak seorang diri.


Difahamkan juga, lelaki itu sanggup berpatah balik demi membantu mangsa terbabit apabila tidak ada seorang pun yang menghulurkan bantuan kepada pemandu kenderaan.

Ramai yang memuji sikap lelaki terbabit kerana sanggup meluangkan masa membantu mereka yang dalam kesusahan meskipun sedang bekerja.

Sementara itu, penghantar makanan terbabit turut meninggalkan ucapan terima kasih kepada orang ramai di atas doa serta pujian yang diberikan.

Dia hanya membantu mereka yang memerlukan tanpa meminta sebarang balasan ataupun pujian.

“Terima kasih semua komen baik untuk saya. Saya tolong sahaja,” katanya
 

0/kiriman komen