Tujuh Matahari Dari Tingkap Hospital


Satu klip video yang dirakam dari sebuah hospital di China menunjukan terdapat tujuh matahari di langit.

Rakaman video ini menarik perhatian dan menyebabkan netizen di seluruh dunia keliru.

Ketika kejadian, seorang wanita sedang merakam fenomena matahari terbenam apabila sesuatu uang menakjubkan berlaku.


Imej yang dirakam menunjukkan terdapat lebih daripada sebuah matahari di langit.

Bagaimanapun, video ini yang kelihatan seperti keajaiban kosmik itu sebenarnya adalah ilusi optik yang ‘dicipta’ oleh tingkap kaca di mana ia dirakam.

Video itu dirakam dari tingkat 11 sebuah hospital di Chengdu, China pada 18 Ogos lalu.

Wanita merakam video itu yang dikenali sebagai Wang berkata, penonton terpesona dengan paparan tersebut kerana kelihatan seperti di luar realiti.

Ia berlaku kerana gangguan medan magnet yang menjadikan alam semesta selari.
 

0/kiriman komen